Majlis penghargaan

Malam ni nak gi makan kat Restoran Cherana. Dengar citer macam best... Ada lucky draw pastu ada pulak hadiah untuk best dress. Harap2 boleg le dapat lucky draw. Hadiah best dress tu mesti tak dapat punye. Baju Aton (graphic designer) lagi best.
Hehe, masa kat majlis ni cabutan bertuah aku dapat alas meja kain batik. Lembut je kain tu.
Paling sedih apabila ucapan daripada Aton dan CikYam yang akan meninggalkan Jelita.
Secara peribadi, aku masih belum dapat lagi menyelami isi hati mereka berdua. Maklumlah, aku ni agak susah sikit nak cepat mesra. Tapi bukan bermaksud aku susah nak mendekati orang. Sebagai wartawan/penulis, kalau aku susah nak mendekati orang maknanya aku susahlah nak mendapatkan story.
Malam ni juga kami dihiburkan dengan nyanyian daripada Kak Azeda. Tema lagu Kak Azeda malam ni ialah pengangkutan. Lagu yang dinyanyikan ialah Yellow Submarine dan Basikal Tua.... hehehehe tahniah kak, kami semua terhibur malam tu. Malam ni jugak kami dapat tengok bakat Kak Haizan 'menggoreng' gitar mengikut muzik lagu Ella (lupa tajuk lagu tu).
Apa pun, yang penting malam tu kami semua kenyang.....

Catat Ulasan

0 Ulasan