Pengenalan kategori kata

Asas Bahasa Melayu ialah pengenalan kepada kategori kata. Ada 14 jenis kata iaitu:
1. Kata nama
2. Kata ganti nama
3. Kata adjektif
4. Kata kerja
5. Kata sendi nama
6. Kata hubung
7. Kata seru
8. Kata arah
9. Kata nafi
10. Kata pemeri
11. Kata penegas
12. Kata bantu
13. Kata bilangan
14. Kata ganda
Aku tahu bahawa semua orang sudah tahu beza kategori kata ini sebab kita semua sudah belajar ketika di sekolah. Sejak darjah satu lagi kita sudah diajar perkara ini. Namun sehingga kini kita masih diajar perkara yang sama kerana timbul kekeliruan untuk menggunakannya secara tepat. Sebagai penulis, sehingga kini aku masih belajar kerana ada kalanya tersilap. Jika kita bukan penulis, masalah tersilap tidak timbul kerana kesalahan kita tidak diambil berat. Namun, kalau sudah bekerja sebagai penulis, setiap kesilapan diambil kira kerana itu namanya kita tidak bertanggungjawab terhadap penulisan.... Itulah beza antara penulis dengan bukan penulis.
Dalam blog ini, aku akan bahagikan setiap kategori kata kepada tiga untuk setiap tajuk. Diharap kita sama-sama dapat manfaat daripada tulisan aku ini.
Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan ilmu yang aku dapat selama aku menjadi guru Bahasa Melayu di Johor Bahru dulu. Ditambah dengan ilmu yang aku dapat ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ketika aku menjadi cikgu tuisyen dan juga ketika aku mengajar di Kelantan. Di samping itu aku masih lagi belajar bersama Kak Ani dalam kelas Bahasa Malaysia yang diadakan dua kali sebulan. Aku juga selalu membaca nota rujukan bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Minat aku memang dalam bidang ini. Bahasa dan penulisan..... Teruskan bersama blog aku yang tak seberapanya ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan