Tidak lama kemudian seorang makcik datang ke rumah. Kononnya nak melawat mama yang baru balik daripada Mekah. Aku sebenarnya agak hangin dengan dia kerana diberitakan yang dia tidak pernah walau sekali menjenguk abah yang bersendirian bersama Azam di rumah. Apalah salahnya jenguk abah dan berikan makanan sedikit sebanyak kepadanya. Kasihan abah aku. Makcik aku ni datang bersama anak-anaknya. Makan itu dan ini kemudian pergi ke Larkin menjemput anaknya yang bijaksana itu kemudian tinggalkan semua anaknya di rumah aku untuk keluar ke mana entah. Ah malaslah aku nak menyambung cerita pasal si dia ni.
Tengah hari aku ambil Azam di sekolah dan bawa dia pergi solat Jumaat. Aku dan Non membeli barang-barang dapur di Maslee. Jumpa pula dengan kawan lama yang bekerja di situ di kaunter timbang. Banyak juga soalan yang ditanya. Soalan biasa, eh kenapa makin gemuk? Eh, dah kahwin ke? Berapa anak? Kerja di mana?
Dia agak terkejut apabila aku katakan yang aku bekerja sebagai wartawan. Katanya belum ada lagi kawan-kawan sama sekolah dulu yang kerja sebagai wartawan. Kebanyakannya bekerja sebagai guru, guru sandaran, askar, kerja kilang dan kalau perempuan sudah tentu suri rumah tangga. Katanya, oh patutlah kau kan dulu ambil sastera....
0 Ulasan