Seronoknya Zaman Kanak-Kanak Dulu...

TIBA-tiba malam ini aku terkenang pasal zaman kanak-kanak dulu. Entah kenapa aku sendiri pun tak pasti. Aku bersyukur kerana lahir pada era 70-an sebab berpeluang menikmati zaman kanak-kanak yang sudah tentu berbeza dengan kanak-kanak masa kini. Adik-adik aku sendiri pun tak berpeluang menikmati zaman kanak-kanak macam aku. Seronok sangat terutama ketika di kampung Parit Sulong dan Sri Merlong. Ini ialah antara kenangan zaman kanak-kanak dan zaman sekolah dulu yang aku rasa seronok sangat.
1) Dulu aku selalu mandi di parit depan rumah nenek. Air parit tu warna hitam sebab tanah gambut. Main selam-selam dan berenang sampai kecut-kecut jari. Lepas mandi mesti lapar. Naik atas rumah makan. Kadang-kadang kat parit ni jadi punca rezeki juga bila selam tangan capai kat dasar parit tu kaut batu dan ada kala terselit duit syiling. Mana datang duit-duit tu pun aku tak pasti. Geng mandi parit aku masa tu ialah sepupu-sepupu aku dan adik aku iaitu Sita. Ada satu kisah yang hampir meragut nyawa juga. Sita hanyut di parit dan diselamatkan oleh pak cik aku, Cik Mamat. Dekat Sri Merlong pun ada parit juga. Tapi airnya tak hitam.... jernih je. Kalau di sini kitorang mandi siap pakai batang pisang. Batang pisang tu dijadikan rakit. Bisanya mandi di parit ni kalau air dalam, kalau tidak dalam kitorang mandi kat kolam je. Tapi kena kontrol sikit mandi sebab kalau air keruh nanti arwah nenek bising. Hehehe...
2) Main tangkap ikan pun seronok juga. Di Sri Merlong aku pernah main tangkap ikan yang kitorang panggil ikan bilis di parit kecil belakang rumah nenek. Lepas tangkap tu kitorang bakar atas penutup tin Nestum atau tin susu budak. Pandai betul hidupkan api. Lepas bakar tu makan la ikan-ikan bilis tu. Siap ambil telur ayam nenek kitorang rebus dalam tin tu. Sedapnya makan ikan bilis bakar dengan telur rebus. Kelapa sawit pun kitorang rebus makan cicah dengan gula. Siapa pernah buat macam tu? Budak-budak sekarang mana ada peluang nak buat macam tu. Main mancis pun dah kena marah.
3) Jajan yang aku makan dulu lain dengan yang ada zaman sekarang. Dulu yang terkenal ialah Kaka, Chikedis, keropok durian, gula-gula getah yang gambar ala-ala mickey mouse tu dan jajan keropok ubi dalam plastik warna hijau. Sekarang ni dah lain. Jajan pun dah macam-macam sangat yang glamer dan mahal-mahal harganya.
4) Di sekolah agama dulu aku suka betul makan sengkuang yang dijual seposen sekeping. Nanti kakak yang bertudung labuh tu akan letak petis hitam atas sengkuang tu dan ditabur dengan kadang tumbuk. Perghhhh sedap.
5) Di sekolah kebangsaan dulu (SK Pengkalan Rinting) aku selalu gosok gigi di tepi longkang sekolah ramai-ramai dengan kawan sekelas lepas rehat. Masa tu Colgate bagi ubat gigi dan berus gigi percuma. Sekarang ni ada lagi ke macam ni?
6) Di sekolah dulu kalau ada van klinik gigi kerajaan masuk kat pagar sekolah pasti budak-budak ramai yang kecut perut. Lepas cek gigi, mana-mana murid yang ada masalah gigi kena naik vantu pergi klinik gigi. Aku pernah juga kena naik van tu. Pastu aku cakap kat doktor gigi tu tak payah la cabut sekarang sebab hujung minggu nanti nak pergi cabut dengan mak. Hahahaha... ingat doktor tu nak percaya ke?
7) Zaman sekolah dulu kasut paling glamer ialah Bata, BM2000, Sinaran dan Pallas Jazz. Ada juga kasut yang ada garisan merah yang ada dua jenis. Satu yang biasa dan satu lagi yang sampai atas buku lali tu. Apa nama kasut ni ntah tapi memang popular la.
8) Beg sekolah dulu yang menjadi rebutan pelajar ialah beg Hiker dan PapiYoung. Kalau yang perempuan pula suka beg hitam yang disangkut di bahu. Kitorang panggil beg getah. Sesapa yang banyak duit tu pakai la beg jenama Outdoor.
9) Zaman-zaman dulu aku suka betul tengok cerita Super Grand, Akantare, Chiaki, Knight Rider dan Oshin. Kartun pula macam Lord Runner, Smurf, Popeye. Pastu ada satu cerita Jepun pasal main bola tampar tu aku lupa apa tajuk dia.
10) Ingat tak dulu ada sekali popular sungguh tudung Turki yang penuh corak tu. Ini dalam tahun 1998 atau 1999. Aku salah seorang daripada mereka yang pakai tudung ni. Kelakar la kan penuh muka pakai tudung ni.
11) Zaman kasut tebal. Aku pernah pakai kasut tebal sampai mak pun kata ni dah macam zaman 70-an ni pakai kasut tebal.
12) Antara artis yang pernah aku jumpa dulu ialah Mamat Exist kerana dia satu sekolah dengan aku. Hehehehe.

Ini adalah pengalaman aku dulu-dulu yang bermain di kepala aku tika dan saat ini. Pengalaman mendewasakan. Budak-budak zaman sekarang aku rasa rugi sebab dah tak berpeluang menikmati zaman macam kita dulu. Air parit atau sungai dah tercemar... rugi sungguh korang.

Catat Ulasan

3 Ulasan

SeriKencana berkata…
7) nama kasut tu.. kasut carefree
9) citer Moero Attack kot..

Tak igt ke zaman glemer giler pakai baju warna striking.. k yam siap berposing ngan baju striking kat pantai lido.. hahahaha..
Maryam Elyas berkata…
Ha betul la tu...
Tima kasih ye....
Ibu kami berkata…
yelah.. best tul zaman kanak2 dulu.. mmg sama le le experience tu cuma i kalau nak mandi sungai kena le balik umah opah kt perak.. dh tu besar kt kl je..