Minuman Berkhasiat Daripada Stem Cell Apple

HARI ni aku ada tugasan di 10 Boulevard, Petaling Jaya. Aku tak pernah datang sini. Mula-mula ingatkan dekat dengan Tropicana City. Tropicana City tu pun aku tak pernah pergi. Cari info dalam Internet, aku dapat tahu bangunan 10 Boulevard ni ialah di Kayu Ara. OK, aku dah ada petunjuk. Tugasan jam 9.30 pagi dan aku bergerak dari pejabat jam 8.40 pagi. Masuk je dalam Kancil ungu tu, aku doa supaya dipermudahkan aku mencari tempat tu. Kayu Ara tu kali terakhir aku pergi ketika sesat nak pergi buat tugasan dekorasi masa di majalah lama dulu, erm... kira-kira dua tahun lepas, zaman Kak Wan sebagai bos aku. Punyalah lama. Jalan tak berapa sesak jadi aku sampai sana tepat jam 9.20 pagi. Alhamdulillah tak sesat. Senang je aku jumpa jalan tu.
Tugasan ni ialah pasal minuman berkhasiat daripada Go Cell International Sdn Bhd yang dinamakan Go Geous. Keistimewaan minuman ni ialah sebab dibuat menggunakan stem cell apple. Epal pulak bukan sebarang epal kerana mereka hanya menggunakan epal khusus yang sangat tahan lama. Tak kecut walau sudah dipetik berbulan-bulan lamanya. Epal ni namanya pelik sikit iaitu Uttwiler Spatlauber. Hanya ada di Switzerland sahaja. Menurut beberapa testimoni, selepas minum dalam jangka masa seminggu ke atas mereka dapati rambut gugur semakin berkurangan. Selain tu ada juga yang kata sakit ketika haid hilang secara beransur-ansur. Paling disukai oleh mereka ialah rambut beruban juga sudah tiada. Maksudnya rambut yang tumbuh baru semuanya hitam belaka. Kalau ada uban pun sikit-sikit jelah. Kalau nak tahu lebih lanjut baca http://www.gocell2u.com/. Selamat mencuba! Erm... satu lagi aku nak bagitahu. Kat tugasan tadi aku dapat dua biji epal rangup yang sangat sedap, sebungkus sample produk minuman dan pendrive. Harga minuman ni ialah RM470 sekotak yang ada 30 bungkus (10gm). Sebungkus yang aku dapat tu kiranya dah berharga RM15.60 tau. Jangan main-main!

Catat Ulasan

0 Ulasan