Novel sedang dibaca sekarang - Cinta Sang Ratu

Kaki novel. Ya boleh dikatakan aku ni memang kaki novel. Adik-adik aku yang lelain pun sama, suka baca novel. Aku pulak suka membeli novel sebab aku tak suka novel pinjam. Sebabnya cuma satu, aku suka buat koleksi sendiri. Di mana aku menetap, di situlah novel-novel aku akan ikut serta. aku angkut semua novel yang telah aku beli sejak di sekolah menengah lagi. Aku ingat novel-novel aku yang hilang... misalnya novel Tangisan Bulan Madu (dipinjam oleh Kak Tam masa aku kerja di TMC Tampoi), novel Legenda Budak Setan (dipinjam oleh budak kelas 5K2 SDARY, tak ingat nama) dan novel Mama (dipinjam oleh Net di UiTM) tapi yang ni aku beli semula sebab cerita dia memang best.
Sekarang ni, dalam kesibukan masa bekerja, aku masih sempat membaca novel. Penulis yang aku minati ialah Ramlee Awang Mursyid. Namun aku tak boleh nak baca banyak sebab malam-malam sempat baca dalam 15 muka surat je. Lepas tu aku kena tidur untuk dapatkan tenaga esok pagi nak pergi kerja. Kalau esoknya cuti, baru leh baca sungguh-sungguh. Ada banyak novel penulis ni di rumah yang masih belum sempat aku baca. Antaranya Mandatori, Satu Janji, Hijab Sang Pencinta, ADAM, Rahsia Perindu dan Mikhail. Bila nak baca ni??? Kalau tak silap aku, Ramlee dah buat 20 novel dan novel terbarunya ialah Cinta Sufi.
Kini aku tengah dalam proses baca novel tajuk Cinta Sang Ratu. Dah berzaman dah novel ni ada di rumah. Aku ingat lagi novel ni ialah pemberian bekas bos aku iaitu Kak Ana. Terima kasih Kak Ana. Dah lama Kak Ana bagi kat saya, belum sempat saya habiskan membacanya. Ini pun baru nak bermula.
Di rumah pun ada novel yang panas di pasaran macam Nyanyian Tanjung Sepi. Sampai dah sejuk dah, aku tak sempat baca lagi. Bilalah agaknya nak membaca. Novel ni pun Sita yang punya.

Catat Ulasan

0 Ulasan