Anugerah Ibu Mithali Ke-10

PAGI ini aku tak masuk pejabat. Dari rumah terus ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada Anugerah Ibu Mithali Ke-10. Ketika anugerah ke-9 dulu pun aku pergi juga. Kali ini sambutannya masih tetap meriah macam dulu. Penuh dewan. Ada empat finalis. Calonnya dari Johor, Kelantan, Sabah dan Selangor. Pemenangnya ialah calon dari Johor iaitu Puan Hajah Awiah Binti Awi. Beliau ada sembilan anak dan semuanya lelaki. Paling aku kagum mengenai beliau ialah penubuhan Madrasan Tahfiz Al-Quran An-Nuur. Madrasah ini dibina di atas tanah beliau yang diwakafkan. Ada 200 penuntut di sini. Beliau juga turut membiayai pembelajaran penuntut yang kurang berkemampuan. Ketika aku interview wanita ini, ada satu perkara yang aku ingat sangat. Katanya, dia tidak akan benarkan anak-anaknya merokok dan tidak sekali-kali bawa teman wanita ke rumah. Kalau nak naik rumah, teman wanita itu perlulah datang bersama keluarga. Senang cakap selagi belum ada ikatan nikah, jangan harap nak berdatinglah. Cukup berbeza dengan keluarga zaman kini yang membenarkan teman lelaki atau teman wanita bebas keluar masuk ke rumah. Erm... didiklah anak ikut lunas ajaran Islam. Kalau pernah melakukan kesalahan, berubahlah. Pintu taubat sentiasa terbuka. Janganlah jadi semakin buruk... pesanan untuk semua dan diri aku juga. Bab merokok tu pulak, ada keluarga yang anak dan bapa merokok bersama-sama. Malah ada juga ketika aku sekolah dulu, aku lihat ada anak yang pergi ke kedai runcit membelikan rokok untuk ayahnya. Masya-Allah.

Catat Ulasan

0 Ulasan