Maher Zain di Pejabat

SELASA, 12 Oktober yang lalu Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. menerima kunjungan penyanyi berketurunan Lebanon tetapi menetap di Sweeden iaitu Maher Zain. Pada awalnya, aku kenal Maher Zain ni melalui Suzi yang hari-hari nyanyi lagu genre ketuhanan dalam bahasa Inggeris. Aku selalunya dengar lagu ketuhanan kan dalam bahasa Melayu, jadi aku tak ambil kisah sangat pasal penyanyi ni sebab aku ni pencinta lagu dalam bahasa yang aku lebih mudah fahami. Huhu. Lama-kelamaan nama Maher Zain ni makin disebut-sebut sampailah aku dengar dia akan datang ke Shah Alam untuk mengadakan konsert. Aku mulai mendengar lagu-lagunya. Erm... best juga. Rugi kalau tak dengar. Kemudian lagu Maher Zain juga ada dimainkan di pejabat sebab sesuai dengan persekitaran pejabat kami yang mementingkan semangat patriotik. Hinggalah akhirnya aku berpeluang melihat wajah penyanyi ini dari jarak dekat. Malah kami semua turut berpeluang mendengar dia berbicara dan menyanyi. Aku tak bawa kamera digital jadi lihat sahajalah gambar yang sempat aku rakam guna kamera telefon bimbit.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ibu kami berkata…
cukup pakej kan.. rupa encem, suara sedap & lagu2nya mmg senang diingat... sama gak baru 'terminat' lepas dh berkali2 dgr lagu2nya yg best tu :)
Maryam Elyas berkata…
Itulah dia. Tak sangka dapat tengok dari jarak dekat.