Filem Khurafat: Pergilah tengok! Memang best!

MALAM tadi aku tengok filem Khurafat kat GSC MidValley Megamall. Sepanjang filem tu memang tak senang duduk. Apa yang boleh aku katakan ialah filem tu memang best. Cukup lengkaplah segala teori filem seram yang pernah aku belajar masa kat UiTM dulu. Menakutkan, tidak meloyakan, tak ada jeritan-jeritan yang membingitkan telinga dan tak ada perkara-perkara tak masuk akal. Scene paling aku suka ialah masa van jenazah masuk gaung. Scene masa watak Anna main-main dengan pisau pun seram gak. Fuh... minah tu punya frust memang dahsyat sampai sanggup buat perkara yang menyeramkan. Mula-mula aku terfikir jugak, apasal minah ni frust sangat kat Johan sampai macam ni ya? Teruk betul frust dia bila Johan kahwin dengan Aishah. Rupa-rupanya minah tu dah kena guna-guna. Isk...
Aku rasa filem ni ialah filem seram yang sangat best sebab aku sebagai penonton tak boleh nak agak peristiwa seterusnya. Macam filem-filem lain, aku selalu dah boleh agak apa benda yang jadi selepas itu. Kadang-kadang dialog pelakon pun aku boleh agak apa yang akan watak tu akan ucapkan.
Filem Khurafat ni kita kena tengok sampai habis barulah segala persoalan akan terlerai. Dalam citer ni, benda yang aku nak tahu sangat ialah siapa watak mak cik cleaner tu, hantu apa yang mengganggu Johan dan Aishah dan siapalah yang melakukan khurafat yang menjadi tema kepada filem ini.
Mula-mula aku ingat Aishah yang melakukan guna-guna untuk mendapatkan Johan. Puas aku tengok memek muka Aishah lakonan Liyana Jasmay. Sebab dari memek muka kita boleh tahu jahat atau baik watak itu. Akhirnya barulah aku tahu siapa yang buat guna-guna tu dan siapakah jenazah yang Johan iringi pada scene mula-mula filem Khurafat ni. Isk... memang tak sangka sekali jalan cerita filem Khurafat ini sebegini. Bagi aku, inilah filem Melayu bergenre seram yang best dalam era baru. Bila Johan angkat mayat Anna masa kat gaung tu, aku fikir apasal la mamat ni sampai sanggup nak angkat mayat tu. Dah jatuh gaung biarkan je lah. Oh rupa-rupanya ada sebab kenapa dia buat macam tu. Perjanjian syaitan rupa-rupanya. Kenalah jaga mayat tu sampai kesudah. Tahniah kepada Shamsul Yusuf.
Wartawan hiburan kat pejabat aku yang berpeluang tengok tayangan promosi dulu cakap filem ni best. Diorang bercerita tapi aku taknak dengar. Aku nak tengok sendiri. Aku ni memang suka tengok filem sama ada filem luar atau filem tempatan. Sebelum tengok Khurafat, aku dah pergi tengok filem Ngangkung dan Hantu Mak Limah Balik Rumah. Kedua-dua filem ni citer seram komidi. Filem Ngangkung aku agak frust sikit sebab aku nak tengok watak Shaiezy Sam buat lawak tapi dalam filem tu dia tak lawak. Filem Hantu Mak Limah Balik Rumah aku suka. Kelakar. Tapi entahlah audio dia aku tak puas sebab tak berapa dengar. Tak tahu memang filem tu ada masalah audio atau panggung tu yang ada masalah audio. Akhir kata, sokonglah filem Melayu, jangan beli DVD cetak rompak. Penat tau buat filem ni, korang senang-senang je beli yang cetak rompak.

Catat Ulasan

0 Ulasan