'Jalan-Jalan' Di Highland Tower Bukit Antarabangsa

HARI ini ialah hari kedua dalam tahun 2011. Huhu, macam tak sangka je dah masuk ke tahun baru. Masa pantas berlalu. Hari ni aku ada tugasan di satu lokasi yang aku tak pernah terfikir untuk aku kunjungi. Masa aku di UiTM dulu, ada juga kawan-kawan sekelas ajak aku ke sini. Kata diorang saja-saja nak tengok dan nak rasa emosi apabila berada di kawasan ni, apatah lagi malam. Oh masa tu aku tak rasa nak ikut pun apabila diorang ajak. Aku cakap pada diorang, kalau korang nak pergi, korang pergilah. Aku tak akan ikut.
Tapi pada hari ni hendak tak hendak, aku kena pergi juga. Apatah lagi orang yang aku nak interview tu tak mahu bertemu di rumahnya. Dia mahu berjumpa di lokasi tragedi. Ha.... tragedi apa? Tragedi yang dimaksudkan ialah kejadian tumbangnya bangunan Highland Tower di Bukit Antarabangsa. Selepas lebih 10 tahun kejadian itu berlaku, kini pada 2 Januari 2011, aku berada di sana. Melihat, meneroka dan mengalami sendiri suasana di sana. Pertama kali sampai, aku dapat lihat dengan jelas dua bangunan yang masih kukuh berada di situ tetapi suasananya amat suram. Bangunan dipenuhi kulat dan semak-samun. Sayu. Itu bukan rumah aku tetapi aku dapat rasai kesayuannya. Bagaimana rasanya ya bagi tuan rumah yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam keadaan begitu?
Inilah keistimewaan kerja aku. Aku berpeluang melihat pelbagai kejadian yang berlaku di sekeliling dunia ini. Disebabkan tugas, aku terpaksa pergi ke tempat yang aku rasa seram nak jejakkan kaki. Namun aku bersyukur kerana jika aku bukan seorang wartawan, aku tentu tak akan pergi melihat bekas tapak bangunan yang pernah menjadi bualan seluruh tanah air pada satu masa dahulu kerana perasaan takut. Disebabkan kerja, aku kena pergi dan berkongsi kisah dengan mereka yang satu masa dulu bertugas di lokasi kejadian.

Catat Ulasan

0 Ulasan