Jadi Cikgu...

HARI ini aku terbaca berita di Harian Metro. Apabila terbaca berita ni, aku rasa macam best je dapat diserapkan ke jawatan tetap. Aku memang ada jiwa sebagai pendidik. Suka sangat jadi cikgu. Dulu pun aku berpengalaman selama dua tahun sebagai guru sandaran sebelum aku letak jawatan kerana sambung belajar di UITM. Lepas habis belajar di UITM pun, aku sambung jadi guru sandaran tiga bulan di Kelantan dan tiga bulan di Johor. Sampai ke Kelantan tau aku sanggup jugak pergi mengajar. Padahal bukan ada saudara mara pun di sana kecuali keluarga kawan aku.
Aku ni, kalau ditakdirkan mengajar ke negeri yang orang tak nak pergi pun aku sanggup asalkan bergelar pendidik. Entah kenapalah susah sangat aku nak dapat jadi cikgu. Mohon KPLI tak pernah dapat. Mohon guru sandaran pun tak dapat. Tapi sejak aku ada komitmen untuk bayar rumah dan sebagainya, tidaklah aku mohon jawatan guru sandaran sebab aku bimbang jika kontrak ditamatkan. Kalau kontrak tamat, macam mana aku nak bayar hutang?
Kepada 13,000 guru sandaran yang terpilih untuk diserapkan ke jawatan tetap tu, aku baerharap mereka semua mengajar dengan baik. Peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada anda itu, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Janganlah mengajar seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Tugas seorang guru sangat mulia dan dipandang tinggi. Aku tahu kerja guru banyak kerana aku juga pernah menjadi guru walaupun sekadar guru sandaran. Tetapi janganlah jadikan kerja banayak itu sebagai alasan untuk anda kurang beri tumpuan kepada pelajar.
Aku dulu, selalu buat kelas tambahan percuma kepada pelajar selama dua minggu sebelum mereka hadapi peperiksaan. Aku buat kelas ni pada hari Sabtu. Percuma sahaja. Ada juga guru lain yang menegur aku, kata mereka aku hanya memenatkan badan je sebab bukannya kita diberi gaji untuk bertugas pada hujung minggu. Entahlah, aku tak kira pun sama ada aku dibayar gaji atau tidak. Yang penting, aku memang suka jadi cikgu, aku suka mengajar.... Kenapalah time aku mengajar dulu tak ada kursus dalam cuti (KDC) ni ya? Aku pernah tanya pada pengetua tapi katanya dia tak tahu... Kalaulah aku dapat peluang ini..... Subhanallah...

Kredit berita: Harian Metro

Serap 13,000 GSTT
Oleh Fakhrurrazi Usuldin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan menyerap 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang memenuhi kelayakan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Menurutnya, kementerian sudah mengeluarkan surat tawaran bermula bulan lalu kepada semua bekas guru GSTT yang tidak disambung kontrak awal tahun ini dan semua mereka akan diserap ke jawatan guru tetap selepas menjalani kursus nanti.
“GSTT terbabit dilantik mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut,” katanya pada sidang media majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam.
Berikutan itu, Mohd Puad berkata, bagi 2011 KPM tidak mengambil guru GSTT dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada guru GSTT sedia ada untuk diserap menjadi guru terlatih tahun ini.
Namun katanya, sebelum boleh diserapkan ke jawatan guru tetap, guru GSTT terbabit perlu mengikuti kursus ditetapkan sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau mengikuti program Kursus Dalam Cuti (KBC).
“Sasaran pihak kementerian mahukan semua GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak disambung kontrak.
“Bagi guru GSTT lepasan ijazah mereka hanya perlu mengikuti kursus selama setahun dan perlu bersedia mengajar ditempat lain jika tempat lama mereka sudah dipenuhi,” katanya.
Isu guru GSTT kedengaran apabila Kementerian Pelajaran melalui KPM mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka tahun lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan