Mama & Abah di pejabat aku...

SEMALAM adalah antara hari paling best dalam hidup aku. Pertama kerana Mama dan Abah ada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf untuk meraikan Majlis Penyampaian Biasiswa Karangkraf. Kedua kerana aku adalah salah seorang penerima biasiswa tersebut. Haha, jadi pelajar kembali.
Semalam ada tujuh kakitangan Karangkraf menerima biasiswa ini. Dua antaranya ialah sahabat baik aku, Suzi dan Anis. Kami belajar dalam kelas yang sama, kursus yang sama dan penyelia tesis yang sama. Walaupun Sarjana kami ialah Sarjana Pengurusan Sosial tetapi penyelidikan kami nanti menjurus kepada bidang kewartawanan. Suzi kaji pasal kewartawanan Islamik, Anis kaji pasal media baru dan aku tentulah bidang yang sangat aku suka iaitu bahasa. Untuk Mama dan Abah, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk meraikan majlis ini. Datang dari jauh tau, Johor.



Inilah replika sijil yang diterima oleh semua penerima biasiswa. Mama sempat bergambar dengan Editor dan Penolong Editor MIDI.
Lepas majlis, hujan turun lebat sungguh. Beli McD sahajalah. Makan di kafe baru Karangkraf.

Catat Ulasan

0 Ulasan