Malam Media Red Box Lagi...

SUMBER: www.budiey.com

March 26th, 2012 | Category: Events |
0 Comments


Meriah, gamat dan happening. Mungkin itu boleh diungkapkan semasa Budiey menghadiri Malam Media Red Box, satu acara tahunan anjuran Kumpulan Karaoke terkemuka Red Box. Ianya diadakan sekali lagi di salah sebuah cawangannya di Red Box Ria, Tingkat 8, KL SOGO pada hari Rabu, 21hb Mac 2012 lalu, bukan sahaja menjemput media malah para blogger terkenal juga dijemput.

Media Nite Red Box 2011

Hadir semasa memberi ucapan pada malam tersebut ialah Pengarah Urusan Grand Surf Sdn. Bhd., Ms. Valerie Choo berkata, “Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang kami terima. Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala bantuan dan sokongan penuh mereka”.

Seperti tahun sebelumnya, majlis dilengkapi dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2011, yang terdiri dari 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 lagu Karaoke Melayu Popular 2011. Satu perubahan yang begitu ketara tahun ini adalah, didapati sembilan dari sepuluh lagu yang terpilih untuk Carta Karaoke Melayu Popular 2011 merupakan lagu-lagu tempatan.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana carta karaoke selalunya dikuasai oleh lagu-lagu dari seberang. “Selain bersandarkan kekuatan dan populariti lagu-lagu tersebut di kalangan pelanggan Red Box, kami percaya bahawa sokongan semua pihak terutamanya media dan kerajaan sememangnya penting untuk lagu-lagu tempatan terus menjadi pilihan karaoke dan mengungguli carta. Kami melihatnya sebagai suatu perkembangan yang sihat dan berharap agar usaha menyokong industri muzik tempatan ini berkekalan”, tambah Ms. Valerie lagi.

Anugerah tersebut disampaikan kepada para artis dan wakil syarikat rakaman yang berjaya oleh Ms. Valerie sendiri. Tambah Ms. Valerie lagi, “Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi berpeluang menganjurkan acara ini, sekaligus mengumumkan Anugerah Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular untuk tahun 2011. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri muzik tanahair dan antarabangsa. Semoga pengiktirafan ini diterima dan mampu menampilkan keunikan Red Box di dalam industri ini berbanding dengan pusat karaoke lain di luar sana. Saya juga berharap agar kerjasama yang terjalin antara kita semua akan berterusan”.

Aktiviti pada malam itu termasuklah sesi berkaraoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah yang dimeriahkan dengan pelbagai hadiah menarik antaranya barangan eletrik, hamper, baucer tunai, kamera digital, kamera video dan hadiah utama seperti TV LCD 40”, Smartphone dan iPad2.

Grand Prize Winner:

1. Baharina Kamarul Baharin Asst. A&R Manager, Sony Music Malaysia – iPad2
2. Shahril Azwan Marcomm Executive, Suria.FM – Samsung Galaxy Tab 7.0
3. Siti Mariam Elias – Journalist MIDI, Kumpulan Media Karangkraf – LCD TV 40”

Media Nite Red Box 2011

Catat Ulasan

0 Ulasan