Hijabista: Majalah Terbaru Karangkraf

OH, aku sungguh teruja ingin menyelak halaman majalah terbaru Hijabista terbitan Karangkraf. Maklumlah dah lama kami di bahagian editorial ni mendengar bahawa kami bakal mempunyai majalah terbaru dan bakal menemui pembaca bersempena Pesta Buku Antarabangsa tahun ini. Akhirnya penantian kami berakhir apabila majalah ini mulai berada di Karangkraf Mall. Harganya RM10.

Tengah hari tadi aku nak beli tapi Karangkraf Mall punyalah penuh. Masa bersesak nak membeli Hijabista, aku lihat di rak buku majalah tu dah tak ada. Mungkin dah habis. Dalam kesibukan tu nampak Elfira Loy sedang membayar di kaunter. Tak pasti majalah atau buku apa yang dibeli oleh artis kecil molek ni.

Jadi, untuk tidak bersesak di Karangkraf Mall yang tak pernah sunyi dengan pengunjung tu, aku turun semula pada jam 6 petang selepas habis waktu bekerja. Karangkraf Mall tutup jam 7 petang. Oh, seronoknya. Aku sorang-sorang je pembeli yang ada. Majalah ni dah ditambah di rak buku. Puas hati apabila Hijabista ada di tangan. Balik nanti boleh belek-belek. Walaupun aku bukan kaki berfesyen, tapi seronok jugak nak baca pasal fesyen gadis bertudung. :-) Gambar di sebelah ini ialah majalah Hijabista Edisi Pengenalan, menampilan Diana Amir sebagai penghias muka depan. Tahniah buat team Hijabista. Kawan-kawan atau pengunjung blog ini, bolehlah dapatkan majalah ini di kedai-kedai buku berhampiran ya.

Catat Ulasan

0 Ulasan