Kacang Tumbuk Best!

KACANG tumbuk satooooo! Hari ni dalam sejarah aku makan kacang tumbuk paling sedap selama hidup hampir 35 tahun di muka bumi ni. Mula-mula beli aku macam terkejut gak sebab harga dia RM3 sebungkus ada 10 pek. Aku dok membayangkanlah harga dia dalam RM1.50 gitu. Ceh, itu zaman bila. Ini dah tahun 2012. Tentulah mahal sikit. Tapi bukan standard ke RM3 untuk 10 pek. Kira satu pek tu jadi 30 sen. Kira OK kot. Maklumlah dah lama tak beli kacang tumbuk. Sampai tak ingat bila last makan kuih ni. Tapi memang sedap kacang tumbuk ni. Manis dan takdelah pecah-pecah bila dipegang. Aku beli kacang tumbuk ni kat restoran berdekatan dengan stesen bas Seksyen 17 Shah Alam. Ada satu kedai ala-ala kedai makanan Siam. Tak tahu pula apa nama restoran tu. Kakak yang jaga kaunter kat situ pakai tudung labuh. Bila azan berkumandang je dia akan letak kad tulis 'Kaunter tutup sementara untuk menghormati azan'. Sebab hari ini dua kali azan bersempena solat Jumaat, jadi dua kalilah dia letak kad tu. Dan seperti biasa, ketika televisyen sudah menunjukkan jemaah mulai bersolat Jumaat, masih ada lelaki yang buat-buat tak faham masih duduk selamba makan di situ. Sedih, kan?

Catat Ulasan

2 Ulasan

CIK TOM berkata…
fevret ciktom kacang tumbuk ni...rsnya sedap manis2 masin gitu..hee...
Maryam Elyas berkata…
Cik Tom, alahai terharunya Cik Tom sudi jengah blog saya. Haah memang suka sangat makan kacang tumbuk ni Cik Tom. Cik Tom pun suka juga ya? Manis-manis gitu kan :-)