Nurul Wahab Wajah Baru Skinz Infinite

Nurul Wahab.
ISNIN lepas aku pergi ke majlis memperkenalkan duta terbaru produk penjagaan kulit wajah berjenama Skinz Infinite di sebuah restoran terkenal di ibu kota iaitu Flora Terrace@Hampshire Place. Sepanjang enam tahun jadi wartawan, inilah kali pertama aku bertemu bertentang mata dengan Nurul Wahab. Aura seri pengantin baru masih ada di wajahnya. Cantik sangat Nurul dan kulitnya memang nampak halus. Nurul kata dia berturunan mamak dan kulit wajah hitam manis memang mudah nampak kusam. Jadi sebelum jadi pengantin baru tu dia tercari-cari produk yang boleh membantu kulitnya nampak halus mulus. Oh, aku rasa Nurul tak menipu sebab aku sendiri guna produk ini. Bukanlah nak kata kulit aku ni cantik secantik kulit Nurul. Tapi memang sejak guna produk ni, kulit aku yang dulu kering dah tak berapa kering. Pernah sekali aku cuba tukar guna produk lain iaitu Body Shop. Produk tu pun bagus juga tapi aku kembali gunakan Skinz Infinite sebab lebih mudah nak beli. Ada jual di farmasi dan di pasar raya. :-) 


Inilah produk yang dibawa pulang.....
Masa nak balik, wartawan diberikan satu set Skinz Infinite. Wow, gembiranya rasa di hati. Kebetulan pencuci muka dan serum dah nak habis. TQ untuk team Skinz Infinite kerana memberikan aku produk tu. Kepada sesiapa yang ada masalah kulit kusam dan berminyak atau kulit kering, sesuai sangat guna produk ni sebab produk ni ada Bio-StemCell Activator yang sesuai untuk semua jenis kulit. Baunya juga wangi. Produk ini sesuai untuk wanita berusia 29 tahun ke atas. Garis-garis penuaan anda akan lambat muncul. Maknanya nanti kalau umur dah 40 tahun, takdelah nampak tua sangat. Heh, suka!

Catat Ulasan

0 Ulasan