Bersama Adibah Noor

ESOK sudah bermulanya Ramadan bagi tahun ini. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana aku masih berpeluang untuk merebut pahala berganda dengan segala ibadat yang hanya ada pada bulan penuh keberkatan ini.

Semalam aku ada penggambaran bersama penyanyi, pelakon dan hos yang sangat aku minati iaitu Adibah Noor. Aku minat dengan suaranya, aku minat dengan lakonannya dan paling aku bangga dengan wanita ini ialah beliau tidak rasa terkongkong dengan berat badannya.

Ini adalah kali kedua aku bertemu dengan Kak Adibah. Kali pertama dulu masa beliau menyertai Juara Lagu untuk lagu Terlalu Istimewa. Kak Adibah tanya aku dari mana. Aku jawab dari majalah Jelita. Tapi mesti Kak Adibah tak ingat kisah tu. Hehe... Itu kisah tahun 2006. Kali ni, selepas enam tahun berlalu, aku bertemu lagi dengan penyanyi yang aku minati ini.

Dalam pertemuan kami semalam, dia sempat menasihatkan aku supaya tidak menggunakan sebarang produk pelangsingan badan kerana produk itu ada kesan sampingan. Aku tanya, apa kesan sampingannya? Katanya produk-produk pelangsingan itu banyak protein dan protein menyebabkan hati serta buah pinggang kita bekerja lebih untuk memproses. Oh, kenyataan Kak Adibah sama dengan apa yang aku pernah daripada adik ipar aku yang juga seorang dietition.

Kak Adibah sangat sporting. Suka ketawa dan menceriakan suasana. Nasi lemak yang dihidangkan selepas kami selesai bergambar bersama sungguh sedap. Kucing Kak Adibah yang comel-comel belaka turut melengkapkan penggambaran kami. Terima kasih Kak Adibah dan pembantu peribadinya, Hakim. Kalau nak tahu apa lagi yang kisah yang kami kongsi, jangan lupa beli MIDI.... :-)

Catat Ulasan

0 Ulasan