MIDI Masuk TV Laaaaa....



TERSENYUM kegembiraan. Nampak tak aku tersenyum lebar dalam gambar kat atas tu? Hehehe. Akhirnya perancangan rapi yang team MIDI lakukan sejak berbulan dahulu terlaksana dengan jayanya. Majlis ringkas perasmian kerjasama MIDI dengan rancangan Apa Kata Wanita yang bersiaran di TV1 berlangsung meriah pada 14 September 2013 yang lalu.

Bukan mudah untuk 'menyelinap' dalam program televisyen apatah lagi MIDI mendapat slot sendiri yang dinamakan Inspirasi 40 yang diilhamkan daripada beberapa ruangan tetap majalah MIDI seperti Bangkit Kembali dan Inspirasi Hidup. Mengalihkan bahan bacaan ke kaca televisyen menjadikan aku sendiri teruja untuk menonton episod pertama slot Inspirasi 40 yang disiarkan secara langsung bersama pengacara Zamzarina Zambri.

Paling menarik, ketika majlis pelancaran itu, MIDI turut menampilkan Zamzarina dalam ruangan Personaliti Cover. Nampaknya majlis kali ini memberikan makna buat MIDI kerana kali pertama tampil di kaca televisyen, manakala bermakna juga buat Zamzarina kerana kali pertama tampil sebagai penghias kulit depan majalah MIDI.

Masih ada lagi beberapa episod yang akan dibuat. Aku sendiri bakal ke Kuala Terengganu bersama krew RTM untuk membuat penggambaran di sana. Sambil bekerja bolehlah makan kopok lekor :-) Buat peminat majalah MIDI dan Apa Kata Wanita, jangan lupa LIKE facebook Majalah Midi Karangkraf untuk menyertai kuiz. Hantarkan cepat-cepat jawapan anda ke dalam INBOX facebook Majalah Midi Karangkraf. Siapa cepat, dialah pemenang. Hadiahnya boleh tahan lumayan tau!

Catat Ulasan

0 Ulasan