Cubaan Berkarya Anak Buahku... :-)



SERONOK sangat melihat gambar yang dihantar melalui WhatsApp adik aku mengenai anak buah aku. Lama menulis di atas kertas rupa-rupanya dia menulis cerita pendek. Cubalah baca jalan cerita yang ditulis ni. Ada kisah pasal adik-beradik yang diminta menyalin pakaian sebab ibunya ajak balik ke rumah Tok Kadir. Di akhir cerita Tok Kadir meninggal dunia kerana penyakit trauma. :-)

Di atas kertas yang lain, adik aku hantar juga dua muka surat tulisan anak buah aku mengenai emak saudaranya ini. Oh, aku sangat terharu. Aku bukanlah penulis hebat. Aku pun masih mencuba-cuba menulis novel yang entah bila nak siap. Manuskripnya masih merangkak-rangkak. Namun disebabkan anak buah aku ni hadir masa majlis pelancaran buku 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB

yang menampilkan aku sebagai salah seorang penulisnya, dia sangat teruja. Semoga anak buah aku akan terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.





Majlis pelancaran buku 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB.

Catat Ulasan

0 Ulasan