Sesi Bercerita Husna dan Angry Bird

HARI ini dalam sejarah aku melibatkan diri dalam sesi bercerita. Memang rasa gementar jugak tapi aku menerima jemputan daripada Editor Buku Prima, Ecah. Ini bukan kali pertama aku dijemput tetapi baru kali ini aku berkesempatan dan aku tak nak 'mengecewakan' Ecah lagi. Lagipun ini salah satu tanggungjawab penulis untuk mempromosikan buku. Aku juga gembira kerana buku 1 Hari 1 Cerita Powerpuff Girls Mama dah masuk cetakan kedua. Gila tak happy?

Hari ini aku ke Sekolah Kebangsaan Setia Budi, Sg Pusu, Gombak. Sesi bercerita dibuat di perpustakaan dan ada lebih kurang 50 murid. Memang seronok sangat bercerita di depan murid-murid ni. Terima kasih buat Ecah dan Nine yang tak jemu-jemu beri perangsang pada aku yang gementar sampai sejuk-sejuk tangan... Maklumlah kali pertama.

Khusyuk dengar Kak Maryam bercerita.
Bersama Kak Sophie yang turut bercerita hari tu kisah Karipap Dan Burger.
Team Buku Prima yang best!
Adik ni dapat nombor 1 pertandingan mewarna. Tahniah!
Saya sedang bercerita cerpen bertajuk Husna Dan Angry Bird.

Aku mulakan sesi dengan panduan menulis. Kemudian terus kepada sesi bercerita. Selepas bercerita aku buat sesi soal jawab. Semua soalan dijawab dengan penuh yakin oleh murid-murid ni. Memang seronok sangat aku tengok semua berebut nak jawab soalan sebab ada hadiah. Tak caya diorang berebut? Cuba tengok gambar di bawah ni. Hehehe...
Saya nak jawab! Saya nak jawab!
Inilah aku! Comel tak? Yay!
Terima kasih Buku Prima! Terima kasih SK Setia Budi! Kak Maryam sayangggggg semua! M.A.R.Y.A.M E.L.Y.A.S

Catat Ulasan

0 Ulasan