Apasal Sanggup Beratur Demi Tudung Fareeda? Ini Sebabnya!



Hari ni aku bertugas di HQ Fareeda Scarf. Lepas subuh aku bertolak ke Bandar Baru Bangi. Huhuhu awal sungguh. Sampai je depan HQ ni, aku tengok dah ramai orang kat depan pagar. Satu pagar khas untuk lelaki. Satu pagar khas untuk perempuan.

Aku park kereta jauh. Sampai je depan pagar lelaki, aku nampak ada seorang lelaki jatuh dan dikipas-kipas. Aku tanya kat orang sebelah aku. Kenapa ni? Pengsan, jawabnya. Mak aiii.



Bila sebut je brand tudung ni mesti orang akan ingat pasal beratur panjang demi nak dapat nombor untuk membolehkan beli tudung.

Ya. Kedatangan aku ke sini pun sebab nak buat story pasal tudung koleksi terkini dan juga interview beberapa orang yang sanggup datang awal pagi, beratur dan berasak-asak untuk beli tudung.

Aku dapat gambaran sebenar bila datang sendiri sebagai wartawan. Sebelum ni aku cuma baca info viral dan rata-rata kutuk kenapalah sanggup susah payah berasak-asak nak beli tudung. Tak kurang gak yang menempelak owner tudung ni yang sanggup buat benda macam ni kepada pembeli tudungnya.

Berbual dengan orang yang datang beratur, kebanyakannya ejen. Setiap orang yang datang, berikan 1 tiket. Setiap tiket cuma boleh beli 5 tudung dengan harga yang murah (harga promosi). 



Jadi ada ejen yang upah 'kaki' atau 'anak ikan' untuk tolong dapatkan tiket bagi membolehkan ejen ni dapat lebih jumlah tudung.

Kenapa ejen sampai sanggup upah orang? Sebabnya nak dapat lebih banyak tudung. Sebab tulah kita tengok ramai yang lelaki muda-muda beratur. Yelahkan. Orang yang sudi diupah untuk dapatkan tiket mestilah budak muda yang senang cakap takde komitmen anak dan kerja. 

Selain tu, ada jugak yang datang beratur ni personal shopper. Full time personal shopper. Diorang ni dah dapat katalog tudung terbaru Fareeda. Bila dapat order, diorang sanggup datang. Sebabnya, diorang beli pada harga promosi dan jual pada pelanggan pada harga retail. Berbaloi. Beli murah, jual mahal. Di sinilah personal shopper ni dapat untung.




Ada yang tanya, tak boleh ke beli masa lain? Macamlah tudung ni hanya ada pada masa tu je. Ye, jawapannya memang ya. Tudung ni hanya ada di HQ sahaja. Pengeluaran koleksi terbaharu dibuat lebih kurang 5,000 helai dan memang habis dijual pada waktu promosi tu.

Pada waktu lain, kalau ada di butik pun, harganya dah lain. 

Temubual dengan Mawar, kata wanita cantik ni, ada yang kata kenapa tak buat online je untuk edar pada ejen. Bukan ke bila buat macam ni orang lihat seolah-olah menyusahkan peminat tudung Fareeda tu sendiri.

Mawar kata, strategi buat begini membolehkan produk ini diperoleh dengan lebih murah pada ejen. Peminat tudung ni sanggup beratur demi harga yang lebih murah untuk menjana pendapatan.

Pada penilaian aku, memang harga pada hari beratur tu sangat murah. Tak hairanlah sanggup beratur dan upah orang untuk beratur. Kalau nak jana pendapatan, inilah masanya.

Mungkin. Ya mungkin. Kita akan lebih hargai tudung tu bila susah nak dapat, kan? Boleh je nak beli di butik tanpa perlu beratur awal pagi tapi mahal la harganya.

Kata Mawar, hanya peminat fanatik tudung Fareeda je yang faham mengenai kesanggupan beratur panjang ni. Yang bukan peminat, mungkin tak faham.

Sekian. Semoga menjawab persoalan sesiapa yang tertanya-tanya kenapa ada yang sanggup beratur panjang ya.



Aku baru tahu aku pregnant. Moga Mawar pun ada rezeki jugak ye.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Cik Rose berkata…
Yezzzaa. Tak salah pun kan. Masing-masing ada minat tersendiri. Pengalaman Rose sendiri pernah datang dari Jb ke Bangi masa pelancaran pattern Aisya dulu. Beratur di butik sesudah subuh. Hikhik. Tu pun dapat nombor tujuh puluh lebih. Limit masa tu seorang 1 hot item dan 2 design lain. Pengalaman semua tu. Hihi. Tahun 2013 or 2014. Tak ingat pulak.